Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya

Hari ni dah 20 hari berpuasa... tinggal lagi 10 hari je lagi... kejap je masa berlalu. Tahun depan tak tau la ada lagi ke tak.... first 2 weeks tu ok la lagi, dapat la jugak pegi terawikh.. masuk minggu ke 3.. dah ada bukak puasa kat luar, sepanjang2 seminggu... hampeh! Pastu aku pun tak tau camana aku leh terjebak dalam buat tender lak kat ofis.. adeh.. penat tul la... itu la bende yang paling aku tanak buat time kat Apex dulu. Bulan ni memang sibuk sangat la... dengan UTM.. dengan keje.. aduh.. pening kepala. Tapi ok la, kalau tahun lepas, asik tido je... tahun ni sibuk la skit. Lepas raya ni ada final exam lak, tapi aku tak kisah sangat, apa nak jadik.. jadik la... lantak la, aku dah tak kisah! Hahahahahaa....
Beza Raya tahun ni ialah aku ada baju raya! Hehehehe.. beli kat johor bulan 5 ari tu sebab murah dan cantik gak la.. RM50 je sepasang... dan aku ada moto baru, huhuhuhu.. gamabr aku pegi GP ari tu tak sempat la nak edit dan upload kat Photopages, nanti bila dah upload aku letak la dalam blog ni URL dia. Sementara ni aku letak la gambar ni yang aku jumpa kat Google.

Minggu depan dah nak raya, cuti aku pun start ari jumaat ni, best! Bole la rilek skit, cuti seminggu!.. walaupun time tu ada keje gak, tapi aku try la nak settlekan sebelum cuti, supaya cuti aku dapat hidup dengan aman dan sentosa.. hehehe.. mintak2 la. Esok kene pegi beli minyak tanah dan carik balik pelita aku kat dalam stor.. kene selongkar balik la.
Akhir kata.. tinggal lagi 10 hari je lagi bulan Ramadhan ni, mintak2 dapat di gunakan sepenuhnye, dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kengkawan semua!!!











